Thursday, April 15, 2010

Tahun Baru...

maaf kerana lama tidak update blog aku nih. Ini kerana 3 minggu sebelom hari dimana bumi berada di paksi yg sama dgn planet dari andromeda, tidak digalakkan untuk mengupdate blog.
Ini
menyebabkan aku berehat sambil memikirkan bagaimana ahli2 parlimen berbahas. Adakah mereka bergaduh berebutkan artis mana yg mereka booking. Takpelah,itu di luar pemikiran aku sebagai rakyat biasa.

Pasnih aku akan post pasal teman aku sehidup semati...Cerita pasal KADIR !!!!!!!!!!











Tuesday, March 23, 2010

BESAR x bermakna GAGAH !!!!!

tangan aku mengigil2 ketika menulis entry nih sebab ianya bakal membuatkan aku kemaluan besar...tetapi dengan nama keadilan,aku nekadkan jua.. ianya bakal mendedahkan satu kegiatan liar seorang PEMBULI....

Kisah bermula 6 tahun lepas selepas pasangan Dato A n Makcik Mona melahirkan seorang bayi pompuan yg bakal menakluk dunia..Selepas 6 tahun, bayi pompuan itu kini dianugerahkan kuasa veto di dalam rumah tersebut oleh Makcik Mona..Selain mempunyai mulut yg tajam persis pedang akibat pembawaan genetik dari Makcik Mona,bayi ini juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan manusia di sekelilingnya..


comel x saya???? comelkan...


usah terpedaya dengan wajahnya ye tuan2 puan2....di sebalik wajah ini terdapat satu kuasa yang sukar ditafsirkan...kuasanya dapat menyebabkan kedua2 kakaknya membuat homeworknya,kesemua abang2nya mendukung dia untuk ke mana2 dan juga membawanya berjalan2 menaiki motor....bukan setakat itu sahaja,malah dia menyebabkan sepupu2 nya membelikan apa yang dihajatinya...

Sebagai seorang mangsa,aku cuba membawa penderaan ini ke muka pengadilan tetapi komuniti di muka pengadilan juga takut terhadapnya...apabila aku marah dan meluahkan rasa x puass hati aku,dia hanya membalas "senyaplah budak gemok"...hati siapa yg x hancur luluh mendengar kata2 itu...disini aku lampirkan bukti yg aku dibuli...


aku masih ingat di ketika ini...aku hanya dipergunakan untuk memenuhi nafsu serakahnya yang ingin tido di tilam yg empuk....aku harap semua ini akan berakhir dengan segera kerana batin ku tidak tertahan menanggung penderitaan ini....



*pembuli ini hanya dikenali sebagai YAYA...diharap anda menjauhkan diri daripadanya..






Monday, March 22, 2010

BOROI : Trend atau Krisis ????


Isu ini telah lama diketepikan oleh pihak media ekoran sensitiviti... Aku pun x paham apa yg sensitif kerana mamat2 yg boroi nih suma heppi je aku tgk... Maybe sensitif kepada mamat yg x berapa nak boroi melihat mamat2 boroi bahagia ngan 2-3 orang awek...Astro Awani mahupun Berita Dunia cuba mengupas isu ini,tetapi tindakan pembaca berita mereka yg x berapa boroi itu membantutkan usaha menegakkan kebenaran...Difahamkan pembaca berita mereka mengamok tanpa sebab...sebab itulah timbul isu sensitiviti ini...


Mengikut pereka2 fesyen terkemuka,boroi ini diklasifikasikan sebagai satu penemuan luar biasa ekoran keseksian yang ada pada mereka2 yg boroi ini..



Mamat2 boroi juga mampu menarik perhatian dan menarik lebih ramai wanita ke arah mereka..



Difahamkan juga,wanita2 lebih terangsang melihat mamat2 boroi ekoran tahap keselesaan yg bakal mereka dapat kelak...



Jika ditanya kepada awek2 yg baru nak up, mamat2 boroi diketepikan kerana mereka kurang memikirkan kesan jangka panjang...Dikala ini mungkin balak2 diorang keding n kotak2 badan,tetapi kesan rumah hijau dan perubahan ekonomi serta cuaca dunia akan mengubah bentuk badan balak2 mereka kepada boroi...



So,sebagai pakar motivasi(tanpa perlu merujuk kepada tarikh lahir dan letak jari kat kepala) boroi ini merupakan satu nikmat dalam hidup dan kepada mamat2 boroi,anda patut berbangga...



BAGAIMANA PENDAPAT ANDA ???


Orientasi Sulit



hamba rasa nih first entry hamba(memang first entry pun,xde rasa2).....so,di kesempatan ini hamba ini mengorientasikan diri gua ini...

gambo ini diambil secara sulit dari fail YFGA (Young Fat Guy Association ) memaparkan ciri2 seorang lelaki boroi yg ilmiah dan telus dalam semua bidang. Secara tidak sengaja,terdapat profile yg terselit berserta pic ini, seperti berikut :

tinggi: 182cm

berat: tidak dapat dijangkau oleh penimbang

keupayaan istimewa: menyimpan perut ketika awek2 cun melintasinya

bernafsu pada: bola,bola,bola dan awek

quote kegemaran: "kerana perutku begitu berharga"



ini saja buat perkenalan manja kita.diharap selepas membaca profile ini,hidup anda semua akan lebih bermakna di samping orang tersayang....